
Hanoi: Vietnam betul-betul jadi pemain besar dalam pasaran durian global, dengan nilai eksport pada tahun 2024 mencecah AS$3.3 bilion (sekitar RM14.85 bilion). Memang gempak! Peningkatan ni dikatakan naik 7.8 kali ganda sejak tahun 2022.
Punca utama kejayaan ni? Permintaan tinggi dari China! Dekat sana, durian ni bukan sekadar buah, tapi dianggap sebagai “buah mewah”. Orang sana kreatif betul, siap buat menu pelik-pelik macam durian hot pot, roti durian, dan bufet tema durian.
DISYORKAN : Fahmi harap laporan media Malaysia sampai kepada semua media ASEAN
Vietnam Potong Barisan di Pasaran Durian
China ni memang jadi lubuk pasaran besar untuk durian. Pada November 2024, mereka dah import 1.53 juta tan durian bernilai AS$6.83 bilion (sekitar RM30.73 bilion). Yang bestnya, Vietnam berjaya kaut 47% dari pasaran ni, duduk no. 2 lepas Thailand yang masih pegang takhta.
Macam Mana Vietnam Boleh Hebat?
Vietnam tak duduk diam. Negara ni ada strategi power yang buatkan mereka melambung:
- Durian Premium: Mereka pastikan pengeluaran durian berkualiti tinggi sepanjang tahun, khas untuk pasaran kelas atasan.
- Teknologi Canggih: Vietnam guna teknologi baru supaya buah yang mereka eksport konsisten kualitinya.
- Perjanjian Perdagangan: Pada 2022, mereka sign protokol eksport dengan China. Kiranya pintu pasaran China terbuka luas untuk durian Vietnam.
Vietnam ada kawasan penanaman durian seluas 150,000 hektar, kebanyakannya dekat Delta Mekong dan kawasan tanah tinggi. Tempat ni memang subur dan sesuai sangat untuk tanam buah tropika.
Indonesia Masih Tertinggal
Sementara Vietnam melambung naik, Indonesia pula struggle nak kejar. Eksport durian mereka cuma AS$1.07 juta (lebih kurang RM4.82 juta) pada tahun 2023. Jauh beza dengan Vietnam.
Antara sebabnya, Indonesia kurang fokus pada pasaran global. Mereka juga tak ada strategi terancang macam Vietnam.
China Jadi Penggemar Utama
Kelas pertengahan di China memang jadi pemacu utama permintaan durian. Bukan setakat makan buahnya, mereka kreatif jadikan durian bahan utama untuk macam-macam hidangan.