Tiga lelaki ditahan kerana kelakuan tak senonoh, lucah ketika acara larian

Johor Bahru: Polis Johor telah menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kelakuan tidak senonoh dan lucah semasa program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, menyatakan bahawa mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan, berusia antara 39 hingga 70 tahun.

Beliau menjelaskan bahawa tangkapan dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di sebuah hotel di Kota Tinggi, pada jam 10 malam.

Menurutnya, pihak polis juga telah merampas pakaian dan aksesori yang dipercayai digunakan semasa larian tersebut.

DISYORKAN : Krisis selesai jika Israel henti serang

Katanya, barang rampasan termasuk sari berwarna merah, skirt merah, tiga keping kadbod berwarna perak, dan batang tombak tiruan berwarna perak.

“Hasil ujian air kencing menunjukkan bahawa semua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Siasatan awal mendapati tindakan ketiga-tiga suspek adalah berdasarkan kapasiti individu, dan bukan mewakili pihak penganjur atau program larian yang diadakan.

“Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana kelakuan yang menghina dan Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sumber : hmetro

9 Comments

  1. Анонимная платформа Кракен ссылка обеспечивает безопасные транзакции, конфиденциальность и доступ к разнообразным товарам.

  2. Официальные доступ кракен сайт быстрый и безопасный доступ к сайту, обходя блокировки и сохраняя полную анонимность пользователей.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *