Tanah Jerlus: Kaedah ‘Jetting’ Digunakan Untuk Mencari Mangsa Mungkin Terkandas Dalam Paip Pembetungan

Anggota DBKL sedang memasang penghadang dan beg pasir di sekitar kawasan tanah jerlus.
Anggota DBKL sedang memasang penghadang dan beg pasir di sekitar kawasan tanah jerlus.

Kuala Lumpur: Operasi mencari mangsa tanah jerlus di Masjid India diteruskan hari ini dengan menggunakan ‘jetter’ (alat pembersih saluran paip bertekanan tinggi).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, memaklumkan bahawa teknik penyemburan air bertekanan tinggi ini dilakukan selepas penemuan objek atau serpihan yang menghalang aliran air dalam lurang kumbahan.

Beliau berkata operasi ini telah dijalankan sejak awal pagi tadi secara berperingkat dan kini memasuki fasa keempat, dijangka berterusan sehingga objek tersebut dapat dipecahkan.

“Pihak Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) menggunakan jetter, iaitu penyemburan tekanan air tinggi, untuk memecahkan objek keras yang berada dalam paip pembetungan di lokasi kejadian.

Baca juga : Gangguan Penerbangan MAS: CAAM Jalankan Audit Khas

“Setakat ini, fokus kita adalah di lurang kumbahan berhampiran Wisma Yakin kerana pada awal pagi tadi, kita menggunakan kamera bergerak di dalam pembetungan di sini dan mendapati ada serpihan objek batu keras dalam jarak empat meter. Kami menggunakan teknik jetting untuk memecahkan serpihan tersebut. Apabila objek pecah, air akan mengalir ke bawah dan diharapkan apa jua objek termasuk badan manusia dapat melepasi laluan pembetungan itu.

“Jetter ini mampu menghasilkan tekanan sehingga 200 bar, yang dapat memecahkan batu-bata yang tersangkut,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian di Masjid India.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat, dan Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam.

Sulizmie Affendy menambah bahawa penggunaan teknologi kamera melalui dua teknik, iaitu ‘push rod’ dan ‘crawler’, yang dimasukkan ke dalam setiap lurang kumbahan, membantu dalam pengesanan objek.

Menurutnya, kamera tersebut mampu bergerak dalam jarak antara 80 hingga 100 meter dan merekodkan setiap objek yang terdapat di dalam lurang kumbahan.

Sementara itu, Narendran berkata pihaknya masih meneruskan ‘flushing’ secara berperingkat di setiap lurang kumbahan serta pencarian di Loji IWK Pantai Dalam. Beliau menyatakan bahawa teknik yang dilaksanakan sejak kelmarin dipantau oleh pegawai di Stesen Pam Pantai Dalam untuk memastikan tiada objek atau serpihan yang tersangkut.

“Kita akan teruskan proses ini sehingga yakin tiada lagi serpihan objek,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan bahawa IWK melakukan pemecahan serpihan menggunakan ‘jetter’ dalam usaha mencari seorang wanita warga India yang hilang akibat kejadian mendapan tanah berhampiran Masjid India sejak Jumaat lalu.

Operasi pemecahan serpihan ini dilakukan dari lokasi tanah jerlus hingga ke lurang kumbahan hilir yang jaraknya 69 meter, selepas teknik ‘flushing’ yang dijalankan oleh IWK sehingga awal pagi tadi tidak menemui sebarang petunjuk.

Vijayalakshmi, 48, dari Andhra Pradesh, India, terjatuh dalam lubang tanah jerlus ketika berjalan dari arah Selangor Mansion menuju ke Wisma Yakin pada pukul 8.25 pagi 23 Ogos lalu.

Sumber : hmetro

https://staysundance.com

3 Comments

  1. Přijetí hypoteční platby může být nebezpečný pokud nemáte rádi čekání v dlouhých řadách ,
    vyplnění závažné formuláře , a odmítnutí úvěru na základě vašeho úvěrového skóre .
    Přijímání hypoteční platby může být problematické, pokud nemáte rádi čekání v dlouhých řadách , podávání extrémních formulářů ,
    a odmítnutí úvěru na základě vašeho úvěrového skóre .
    Přijímání hypoteční platby může být problematické , pokud nemáte rádi čekání v dlouhých řadách , vyplnění
    extrémních formulářů a odmítnutí úvěrových rozhodnutí založených na
    úvěrových skóre . Nyní můžete svou hypotéku zaplatit rychle a efektivně v
    České republice. https://groups.google.com/g/sheasjkdcdjksaksda/c/u95RTiz73kQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *