New Delhi: Seorang wanita warga Amerika ditemui dalam keadaan kurus kering setelah dirantai pada pokok dan ditinggalkan oleh suaminya selama 40 hari di sebuah hutan.
Memetik laporan dari Mirror.uk, pasukan penyelamat di daerah Sindhudurg, kira-kira 466 kilometer dari Mumbai, menemui Lalita Kayi Kumar, 50, dalam keadaan tidak boleh bercakap dan sangat kurus.
Beliau memberitahu kakitangan hospital bahawa dia diikat pada pokok oleh suaminya yang berniat untuk membiarkannya mati di situ.
Keadaan Lalita ketika ditemui oleh pasukan penyelamat sangat menyedihkan. Suntikan untuk psikosis melampau menyebabkan rahangnya terkunci dengan teruk dan ketidakupayaan untuk minum air. Dia telah bertahan selama 40 hari tanpa makanan dan air. “Suami mengikat saya pada pokok di dalam hutan dan berkata saya akan mati,” tulisnya pada nota.
Wanita tersebut, yang sudah berada di India selama lebih 10 tahun, dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
Baca juga : 2 Gempa Bumi Kuat Melanda Pesisir Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan
Doktor percaya bahawa dia mungkin mengalami masalah psikiatri. “Wanita itu sangat lemah kerana tidak makan apa-apa selama beberapa hari dan juga kerana kawasan tersebut mengalami hujan lebat,” kata polis Maharashtra menurut laporan media tempatan.
Polis kini sedang mencari suaminya serta cuba mengesan saudara-mara wanita itu di India.
“Kami tidak tahu berapa lama dia diikat pada pokok itu. Kami percaya suaminya, yang berasal dari Tamil Nadu, mengikatnya di sana dan melarikan diri,” kata polis.
Sumber : hmetro
Pingback: Israel Serang Dua Sekolah di Gaza, 18 Terkorban - Malay Star News