Rupiah ‘jatuh’, pelancong Malaysia ‘serang’ Indonesia

Kuala Lumpur: Nilai Rupiah yang jatuh berbanding Ringgit sekarang ni buat rakyat Malaysia makin berminat nak pergi melancong ke Indonesia.

Setiausaha Agung Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA), Datuk Noor Zaleha Baharuddin, kata, dengan Ringgit yang lebih kuat berbanding Rupiah, rakyat Malaysia boleh beli lebih banyak barang atau dapatkan servis dengan harga lebih murah di Indonesia.

“Situasi ni buat orang ramai suka pergi shopping atau bercuti kat sana sebab kosnya lebih rendah.

“Kelebihan ni juga disebabkan faktor ekonomi macam kos hidup yang lebih rendah di Indonesia untuk sesetengah barang berbanding Malaysia, terutamanya dalam sektor makanan, pakaian, dan produk kraftangan. “Bila nilai tukaran mata wang memihak pada kita, rakyat Malaysia nampak ni sebagai peluang nak jimat sambil menikmati barang dan pengalaman yang pelbagai,”

DISYORKAN : Conteng jalan ‘Geghotak Besi’ Kampung Bahagia, lelaki ditahan

Tambahnya lagi, kuasa beli yang meningkat ni juga bagi manfaat kepada peniaga di Indonesia, terutamanya di kawasan pelancongan.

“Cuma, dari segi ekonomi jangka panjang, keadaan ni boleh menunjukkan ketidakseimbangan yang mana perbezaan nilai tukaran boleh beri kesan pada pasaran tempatan di kedua-dua negara.

“Selain tu, ia juga jadi cabaran kepada peniaga Malaysia yang perlu berusaha untuk tarik pengguna tempatan di tengah-tengah tarikan harga murah di negara jiran,” katanya.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Seri Dr Mohd Khalid Harun pula kata, trend rakyat Malaysia melancong ke negara jiran memang jadi tamparan buat pengusaha pelancongan tempatan.

“Tapi, ini juga bagus sebab ia bagi persaingan sihat untuk pengusaha pelancongan dalam negara.

“Rakyat Malaysia mestilah nak yang terbaik, sebab kat negara jiran, tambang penerbangan, hotel, dan kos hidup jauh lebih murah.

“Saya rasa pengusaha pelancongan tempatan kena fikirkan sesuatu yang lebih menarik untuk tarik pelancong, terutamanya rakyat Malaysia sendiri,” katanya.

Sumber : hmetro

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *