Kuala Lumpur: Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka melanda 11 negeri termasuk Kuala Lumpur hingga pukul 7 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Dalam amaran cuaca yang dikeluarkan pada pukul 3.30 petang tadi, MetMalaysia menyebut negeri-negeri yang terlibat termasuklah Perlis, Kedah (seperti Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, dan Baling), dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, dan Muallim).
Di Pantai Timur, kawasan yang terlibat adalah Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai, dan Gua Musang) serta Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, dan Pekan).
Melaka, beberapa kawasan di Selangor (Hulu Selangor, Gombak, dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol, dan Tampin), dan Johor (Segamat, Mersing, dan Kota Tinggi) juga dijangka terjejas.
DISYORKAN : Kerajaan tidak kompromi keselamatan rakyat di media sosial – Fahmi
Di Sarawak, kawasan seperti Sri Aman, Kapit (termasuk Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan), dan Limbang dijangka terkesan, sementara di Sabah pula, kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, dan Nabawan), Tawau, dan Sandakan (Tongod) juga terlibat.
MetMalaysia menjelaskan bahawa amaran ribut petir ini adalah amaran jangka pendek, sah untuk tempoh tak lebih dari enam jam, dan akan dikeluarkan bila ada tanda-tanda ribut petir dengan hujan lebih dari 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.
Sumber : hmetro
Pingback: Panik kereta berasap tepi jalan raya, mujur polis bantu - Malay Star News