TAMPIN: Seorang lelaki berusia 45 tahun mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan setelah diserang oleh rakannya di sebuah rumah di Ayer Kuning Selatan, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden tersebut sekitar jam 3.30 pagi.
Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 31 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Baca juga : Intel Rancang Buang Lebih 15,000 Pekerja
“Punca pergaduhan adalah akibat selisih faham tentang urusan pekerjaan. Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahu, perut, kaki, dan belakang badan. Mangsa kini menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tampin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Sumber : astroawani
Pingback: Suspek Kes Penculikan Albertine Leo Direman Tambahan 6 Hari - Malay Star News