
Kuala Lumpur: Perak FC buat sejarah musim ni dengan kemenangan terbesar Liga Super setakat ni, lepas membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 7-0 malam tadi dekat Stadium Majlis Perbandaran Manjung. 🎉⚽
Sebelum ni, rekod kemenangan terbesar dipegang oleh JDT (Johor Darul Ta’zim) yang pernah menang 6-0 lawan Kedah Darul Aman FC pada Ogos, dan 6-1 lawan KDN FC pada September. Tapi kali ni, The Bos Gaurus rampas takhta dengan pesta gol luar biasa.
DISYORKAN :Â Vietnam Kuasai Pasaran Durian Dunia, Eksport Cecah RM14.85 Bilion!
Kemenangan Luar Biasa Naikkan Semangat Pasukan
Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah, puas hati gila dengan prestasi anak buahnya. Dia cakap kemenangan besar ni memang suntik semangat untuk baki perlawanan musim ni.
“Tahniah kepada pemain sebab manfaatkan peluang yang ada, tambah jumlah jaringan dan kekalkan rekod tanpa bolos. Harap mereka teruskan momentum ni sebab perlawanan makin mencabar,” kata Yusri.
Lepas ni, Perak FC akan jumpa Kuching City pada 7 Februari dekat Stadium Negeri, Kuching. Yusri ingatkan pemain supaya fokus sepenuhnya sebab sekarang setiap mata sangat penting.
Rangkuman Gol Perak FC
Gol-gol Perak FC malam tadi memang kelas:
- Clayton jadi hero, ledak empat gol (minit 8, 56, 62, 93).
- Luciano Guaycochea tambah satu (minit 14).
- Adilet Kanybekov dengan satu gol (minit 24).
- Tommy Mawat Bada tutup malam gemilang dengan gol di minit 69.
Sekarang, Perak FC duduk tangga kelima Liga Super dengan 22 mata dari 18 perlawanan. Kalau terus kekalkan prestasi macam ni, tak mustahil Perak FC boleh terus bagi saingan sengit dalam liga.
Apa pendapat korang? Boleh ke Perak FC terus cemerlang sampai hujung musim?