Pengusaha perigi terapi dinasihatkan henti sementara operasi

Rembau: Pejabat Tanah dan Daerah Rembau nasihatkan pengusaha perigi terapi ion di Ulu Sepri untuk hentikan sementara operasi sehingga siasatan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selesai.

Pegawai Daerah Rembau, Mohd Zamri Mohd Esa, beritahu pihaknya bersama Badan Kawal Selia Air (BKSA) Negeri Sembilan telah ke lokasi pada Selasa lalu untuk siasatan lebih lanjut.

BKSA juga keluarkan surat arahan supaya pengusaha memohon lesen di bawah Akta Air 1920, kerana penggunaan air sungai tanpa lesen. Pengusaha diberi masa 14 hari untuk buat permohonan, dan pemantauan akan terus dilakukan.

DISYORKAN : Panik kereta berasap tepi jalan raya, mujur polis bantu

Mohd Zamri juga beritahu kawasan itu adalah tanah adat yang kegunaan utamanya ialah untuk pertanian. Lokasi ini jadi tumpuan selepas tular di media sosial dengan dakwaan bahawa air perigi di situ boleh bantu merawat penyakit seperti strok.

KKM turut memaklumkan mereka akan ambil perhatian terhadap isu ini.

Mohd Zamri tambah, pihak yang berminat untuk buat aktiviti pelancongan di Rembau dialu-alukan, tapi perlu ikut peraturan yang ada.

Sementara itu, tinjauan di lokasi perigi mendapati orang ramai masih mengunjungi kawasan tersebut, sekitar jam 4 petang.

Sumber : hmetro

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *