Pemilik restoran rumah bot rugi RM800,000

Kota Bharu: Pemilik restoran konsep rumah bot terpaksa reda dengan kerugian hampir RM800,000 apabila rumah bot yang menjadi premis restorannya dihanyutkan oleh arus deras hari ini.

Mohd Izhan Ramli, 40, kongsi kerugian tersebut melibatkan kerosakan pada sebahagian struktur rumah bot, perabot yang tenggelam, dan stok lauk basah seperti ‘king crab’ yang disimpan dalam peti sejuk, termasuk yang baru dibeli.

Menurutnya, premisnya sebenarnya sudah menerima banyak tempahan untuk hari ini, tetapi sebab mereka bercuti selama seminggu untuk bersihkan kawasan sekitar, semua tempahan terpaksa dibatalkan.

DISYORKAN : Hyundai Motor labur AS$479 juta di Malaysia

Kami bercuti nak bersihkan kawasan sekitar termasuk sisa pokok tumbang yang jatuh atas sebahagian rumah bot ni, dan juga untuk betulkan kerosakan kecil akibat dihentam arus sebelum ni.

“Bahagian depan rumah bot rosak, ada yang patah, dan menyebabkan air masuk ke dalam rumah bot, rosakkan lauk-pauk dalam peti sejuk beku termasuk king crab.

“Tapi bila tali pengikat rumah bot putus petang tadi dan bot ni dihanyutkan arus, kerosakan jadi lebih teruk. Jumlah kerugian lebih kurang RM800,000,”** katanya bila dihubungi.

Tambah Mohd Izhan, kejadian yang berlaku sekitar pukul 3.30 petang itu turut menghanyutkan sebuah bot peribadinya yang disimpan di atas rakit, tapi nasib baik bot itu tak mengalami sebarang kerosakan.

Rumah bot tersebut akhirnya berjaya diselamatkan di muara Kuala Besar dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama penduduk kampung, manakala rakit yang membawa bot peribadi beliau diselamatkan di Kampung Keseng, tak jauh dari lokasi rumah bot ditemukan.

Mohd Izhan turut berkongsi bahawa rumah bot itu telah dibelinya empat tahun lalu dengan kos RM500,000, dan sepanjang ia beroperasi, tak pernah lagi berlaku sebarang kejadian tak diingini.

Sumber : hmetro

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *