Washington: Sebuah syarikat pelancongan di Amerika Syarikat kini tawarkan pakej pelayaran empat tahun khas untuk sesiapa yang tak nak tinggal di negara itu sepanjang penggal kedua pentadbiran Presiden Donald Trump.
Menurut laporan Fortune, syarikat Villa Vie Residences yang berpangkalan di Florida memperkenalkan pakej pelayaran yang diberi nama “Skip Forward” atau “Langkau Ke Hadapan”.
Melalui pakej ini, penumpang boleh mengembara ke serata dunia dengan penuh gaya sambil melawat destinasi-destinasi ikonik, seolah-olah ‘melangkau’ terus ke penggal presiden yang akan datang.
DISYORKAN : Pengawal keselamatan pelihara enam anak yatim piatu kerana percaya pada rezeki Allah
Dalam kenyataan mereka, Villa Vie Residences menyebut bahawa penumpang ada fleksibiliti untuk sertai pelayaran ini dari mana-mana pelabuhan dalam tempoh empat tahun pelayaran tersebut.
Pakej ini ditawarkan pada harga AS$159,999 (lebih kurang RM715,836) untuk bilik berkongsi dua orang, manakala kabin solo pula berharga AS$255,999 (sekitar RM1.15 juta).
Sumber : hmetro
Pingback: Pelampung terlepas, wanita hilang dibawa arus sungai - Malay Star News