Panik kereta berasap tepi jalan raya, mujur polis bantu

Kuala Lumpur: Aksi cepat anggota polis bantu ringankan beban tiga wanita dengan seorang bayi berusia 15 hari yang kereta mereka tiba-tiba rosak dekat Plaza Tol Bukit Kiara, di sini.

Dua anggota unit kereta peronda polis (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Koperal Mohd Zahier Fareez Mohamed Zainuddin, 34, dan rakan setugasnya, Lans Koperal Mohd Asri Abdullah, segera bertindak ketika buat rondaan di kawasan tu.

Menurut Mohd Zahier Fareez, dia dan Mohd Asri tengah meronda sekitar jam 10.05 malam bila nampak sebuah Proton Waja berhenti di plaza tol dengan bahagian enjinnya berasap.

DISYORKAN : Ribut petir, hujan lebat diramal berlaku di KL, 11 negeri

Dia cerita, mereka tolong tolak kereta tu bersama seorang pengawal keselamatan dan salah seorang wanita, sambil dia sendiri bawa kereta polis untuk kawalan dari belakang.

“Kami tolak kereta lebih kurang 50 meter sampai ke stesen minyak terdekat, dan kami ajak wanita yang sedang berpantang dengan bayi dia duduk dalam kereta polis supaya lebih selesa,” katanya.

Tambahnya lagi, mereka diberitahu kereta tu tiba-tiba berhenti di tengah jalan, dan wanita-wanita tersebut yang merupakan adik-beradik berumur antara 30 hingga 40-an, dalam perjalanan dari Kampung Baru nak ke rumah makcik mereka di Subang.

“Kami semak keadaan enjin kereta, tunggu lebih kurang 30 minit bagi enjin sejuk, dan bantu tambah air radiator,” katanya waktu dihubungi.

Bila kereta berjaya hidup balik, ketiga-tiga wanita dengan bayi tu sambung perjalanan, siap ucap terima kasih kepada mereka.

“Kami teruskan tugas rondaan, dan sebagai anggota polis, memang tugas kami sentiasa sedia membantu sesiapa yang perlukan,” katanya lagi.

Sumber : hmetro

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *