Mayat kanak-kanak ditemukan tidak sempurna dipercayai dibaham buaya

Lahad Datu: Seorang kanak-kanak lelaki yang hilang ketika mandi di Pantai Sinakut, Felda Sahabat 16, di sini, telah ditemukan pagi tadi dalam keadaan tidak sempurna, dipercayai diserang oleh buaya.

DISYORKAN : Mangsa penipuan pekerjaan Malaysia masih terkandas di pusat tahanan Kemboja selepas 38 hari

Mayat kanak-kanak berusia sembilan tahun itu ditemukan di kawasan pantai, tidak jauh dari lokasi di mana mangsa dilaporkan hilang.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu, Silvester Saimin, ketika dihubungi, mengesahkan bahawa kejadian berlaku pada pukul 7.45 pagi tadi di pantai Sinakut, Felda Sahabat 16.

Beliau berkata, laporan awal menunjukkan bahawa kejadian itu berlaku ketika mangsa dan ahli keluarganya datang bercuti ke rumah saudara mereka di Kampung Sinakut.

“Mangsa yang mandi bersama lima lagi rakannya dipercayai diserang oleh buaya dan diheret ke laut sebelum jasadnya dihanyutkan ke pesisir pantai.

“JHL masih menjalankan siasatan, dan mayat mangsa telah dihantar ke hospital Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber : hmetro

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *