Padang Rengas: Datuk Seri Anwar Ibrahim maklumkan yang Malaysia jadi negara pertama disebut dan diterima sebagai rakan baru dalam BRICS oleh lima ahli asalnya iaitu Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan.
Perdana Menteri beritahu, perkara tu diberitahu oleh rakan sejawat dari Ethiopia, Dr Abiy Ahmed Ali, semasa pertemuan mereka di Kompleks Seri Perdana, semalam.
Katanya, apa yang dikongsi oleh Perdana Menteri Ethiopia menunjukkan perkembangan positif untuk potensi penyertaan Malaysia dalam blok yang meliputi satu perlima daripada perdagangan global.
“Abiy kata dia baru balik dari mesyuarat BRICS di Brazil. Dia cakap kat saya, Anwar, saya bukan nak puji lebih-lebih, tapi imej Malaysia sekarang memang baik, sebab lebih 30 negara nak mohon masuk jadi ahli BRICS.
DISYORKAN : Tak sempat melaram sudah dicekup
“Dia kata masa mesyuarat negara pengasas BRICS, yang dipengerusikan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin, di sebelah kanannya ada Presiden China, Xi Jinping, dan di sebelah kirinya Perdana Menteri India, Narendra Modi.
“Abiy kata, nama pertama yang diusulkan ialah Malaysia. Putin cadang dan terus disokong kuat oleh China, India, Brazil, Ethiopia, dan Afrika Selatan, tanpa ragu-ragu, Malaysia diterima jadi rakan BRICS,” katanya.
Anwar berkata demikian masa berucap di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Padang Rengas di Arena Square Pekan Isnin, hari ini.
DISYORKAN : Wanita melecur, kotak fius terbakar
Sehubungan itu, Anwar ajak semua pihak terutama pegawai kerajaan untuk ambil iktibar dari pandangan positif negara luar terhadap Malaysia dengan berusaha lebih kuat.
“Saya bangga dengan Malaysia bukan sebab bangunan tinggi atau projek besar, tapi sebab rakyatnya terbela, itu yang paling penting,” katanya.
Malaysia secara rasmi diiktiraf sebagai salah satu daripada 13 rakan baru dalam BRICS pada Khamis lepas.
Selain Malaysia, 12 negara lain yang turut serta ialah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turkiye, Uganda, Uzbekistan, dan Vietnam.
BRICS asalnya ada empat negara, iaitu Brazil, Rusia, India, dan China, yang ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang membangun, sebelum Afrika Selatan menyertainya pada 2010.
Selepas itu, blok ini terus berkembang dengan menyertakan Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu.
Sumber : hmetro
Pingback: Op Lusuh: 2 warga Bangladesh antara tujuh ditahan - Malay Star News
очень прибыльная игра для каждого игрока и ее игроков
https://rjb88.com/
Только здесь есть игры, которым можно по-настоящему доверять.
https://rjb88.com/
вам понравятся ощущения от игры в эту игру
https://rjb88.com/
хорошая и правильная игра
https://rjb88.com/