Malaysia berjaya jimat elektrik 5.82 peratus

Kuala Lumpur: Malaysia mencatatkan kejayaan penting dalam bidang kecekapan tenaga, yang kini diiktiraf sebagai bahan api utama dalam peralihan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau, yang juga merupakan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), menyatakan bahawa Malaysia telah berjaya mencapai penjimatan tenaga elektrik sebanyak 5.82 peratus, bersamaan 8,769 Gigawatt jam (GWj) dengan nilai RM2.21 bilion setakat Jun 2024.

“Ini merupakan kemajuan yang besar, memandangkan kita menyasarkan pengurangan pertumbuhan permintaan elektrik sebanyak 8.0 peratus.

“Ia turut menyumbang kepada pengurangan keseluruhan sebanyak 38 juta tan karbon dioksida bersamaan pelepasan GHG dan dijangka akan menjimatkan kira-kira 52,000 GWj tenaga elektrik menjelang 2025,” katanya dalam ucapan perasmian di Enlit Asia 2024.

Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

DISYORKAN : Setahun genosid Gaza: Naratif yang tidak seimbang

Sumber : hmetro

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *