Lamborghini bukan untuk Fattah, itu cuma prop saja

Kuala Lumpur: Pengurus pelakon Fattah Amin, Sakirin Acha, nafikan gosip yang kata Fattah terima hadiah kereta mewah Lamborghini dari seorang pengusaha kedai emas.

Acha kata, kereta Lamborghini warna ungu yang Fattah pandu tu cuma prop untuk kandungan video kedai emas milik pengusaha tersebut.

DISYORKAN : Lelaki maut dibunuh, isteri mangsa antara 4 suspek ditahan

“Saya nak jelaskan yang Fattah tak terima kereta Lamborghini tu macam yang dikatakan. Kereta tu cuma prop untuk sesi penggambaran video syarikat tu,” katanya.

Dalam masa yang sama, Acha minta maaf kalau ada yang salah faham dengan video yang tengah viral tu.

“Saya mohon maaf, tapi Fattah tak terima kereta tu daripada pihak tersebut,” tambahnya.

Sebelum ni, video berdurasi 22 saat yang menunjukkan Fattah bersalaman dan peluk seorang lelaki sebelum diberi kunci dan memandu kereta Lamborghini warna ungu tu jadi viral di media sosial.

Sumber : hmetro

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *