JKDM Labuan rampas 15 kereta mewah

Labuan: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Labuan berjaya rampas 15 kereta pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM2.8 juta, termasuk cukai, dalam operasi yang dijalankan antara 23 Oktober hingga 15 November lepas di beberapa lokasi di Sabah.

Antara kereta yang dirampas termasuk Ferrari GTB 599 Fiorano, Mercedes-Benz GLA250, beberapa model Toyota, Subaru Impreza, dan Nissan Grand Livina.

DISYORKAN : Kos pengambilan tanah projek Lebuhraya Pan Borneo RM2.53 bilion

Pengarah Kastam Labuan, Aspalila Awang Tuah, bagitahu kereta-kereta tu disita sebab langgar syarat bawah Butiran 14 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017. Undang-undang tu hadkan kereta berdaftar bebas cukai dari Labuan tak boleh berada di luar Labuan lebih dari 90 hari setahun.

“Kejayaan operasi ini hasil kerja berpasukan antara JKDM Labuan dan Sabah,” katanya.

Dia juga bagitahu, dengan rampasan terbaru ni, jumlah keseluruhan kereta yang disita JKDM Labuan tahun ni dah cecah 67 unit, dengan nilai anggaran RM7.6 juta termasuk cukai.

Sumber : hmetro

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *