Intel Rancang Buang Lebih 15,000 Pekerja

Intel merancang untuk mengurangkan kos pemasaran dan penyelidikan hingga tahun 2026.
Intel merancang untuk mengurangkan kos pemasaran dan penyelidikan hingga tahun 2026.

INTEL mengumumkan mereka akan memberhentikan lebih 15,000 pekerja, melibatkan lebih 15% daripada tenaga kerjanya. Langkah ini diambil sebagai salah satu strategi penjimatan kos menjelang tahun 2025.

Selain itu, Intel juga akan mengurangkan perbelanjaan untuk pemasaran dan penyelidikan sehingga tahun 2026. Penstrukturan semula syarikat ini dijangka melibatkan pemberhentian pekerjaan yang tidak kritikal serta penilaian semula terhadap pelbagai projek yang sedang dibangunkan.

Baca juga : Penghentian Operasi WeChat Pay Malaysia Pada 1 September 2024

Dalam penyata kewangan terkini, Intel melaporkan kerugian sebanyak $1.6 bilion bagi suku kedua tahun 2024. Intel juga didapati tidak mendapat manfaat besar daripada permintaan tinggi dalam bidang kecerdasan buatan, yang mana dikuasai oleh beberapa pengeluar cip pemprosesan lain.

Dengan perkembangan ini, kita sama-sama nantikan sama ada penstrukturan semula syarikat ini akan berjaya memulihkan kembali Intel atau sebaliknya.

Sumber : astroawani

https://staysundance.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *