Identiti Mayat Tanpa Kepala Disahkan Sebagai Cikgu Istiqomah

ISTIQOMAH Ahmad Rozi
ISTIQOMAH Ahmad Rozi

Alor Gajah: Misteri kehilangan seorang guru, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, yang hilang sejak tujuh bulan lalu akhirnya terungkai apabila polis mengesahkan identiti mayat wanita tanpa kepala yang ditemui dalam tong sampah di tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang.

Mayat tersebut ditemui oleh orang awam pada 31 Disember 2023.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pengesahan identiti mayat itu dilakukan melalui siasatan dan ujian deoksiribonukleik asid (DNA) yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

“Hasil ujian yang dilakukan pada 2 Ogos lalu menunjukkan DNA wanita tersebut sepadan dengan sampel yang diambil dari mayat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa polis telah menahan pasangan suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak, pada 5 Ogos lalu dan mereka telah direman selama enam hari hingga hari ini.

Siasatan lanjut terhadap suspek membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa termasuk tengkorak dan tulang jari kira-kira enam kilometer dari lokasi penemuan mayat tersebut,” tambahnya.

Baca juga : Apple Teruskan Pembangunan Kacamata Pintar dan Versi Mampu Milik Apple Vision

“Reman ke atas suspek lelaki dilanjutkan selama tujuh hari lagi bermula hari ini hingga 18 Ogos untuk melengkapkan siasatan, sementara isterinya dibebaskan dengan jaminan polis selepas didapati tiada kaitan dengan kes ini.

“Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh,” katanya.

Istiqomah dilaporkan hilang di Pasir Gudang, Johor sejak 26 Disember 2023. Kereta ibu kepada tiga anak tersebut dijumpai di Kota Masai pada 27 Disember bersama kunci, namun Istiqomah tidak kelihatan sebelum laporan polis dibuat oleh keluarganya pada hari yang sama.

Sumber : hmetro

https://staysundance.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *