WELLINGTON: Sebagai sebahagian daripada rancangan kerajaan New Zealand untuk membanteras jenayah belia dan membantu pesalah muda kembali ke landasan yang betul, Akademi Gaya Ketenteraan secara rasmi dibuka pada Sabtu, lapor Xinhua.
Kumpulan pertama yang terdiri daripada 10 golongan muda akan memulakan masa mereka di Akademi Gaya Ketenteraan yang berbentuk percubaan mulai 29 Julai di kediaman Keadilan Belia di Palmerston North, kata Menteri Kanak-Kanak New Zealand, Karen Chhour.
Tiga bulan pertama di sana akan memberi tumpuan kepada struktur dan rutin, menangani tingkah laku jenayah, aktiviti fizikal, pendidikan dan latihan vokasional, persiapan untuk bekerja dan mencari pekerjaan, serta komponen rehabilitasi, terapeutik dan budaya khusus yang diperlukan bagi setiap individu muda, kata Chhour , sambil menambah bahawa setiap seorang akan mempunyai mentor yang konsisten sepanjang program itu.
Selepas komponen kediaman, program peringkat sembilan bulan itu akan memfokuskan kepada sokongan untuk membantu individu muda tersebut beralih kembali ke dalam komuniti, katanya, sambil menambah bahawa keluarga dan komuniti akan dilibatkan jika boleh mungkin sepanjang 12 bulan program berkenaan.
Program itu direka dan dikendalikan bersama oleh Kementerian Kanak-Kanak, Angkatan Pertahanan New Zealand, Kementerian Keadilan, Polis New Zealand dan kumpulan komuniti.
Walau bagaimanapun, jurucakap hal ehwal kanak-kanak Parti Buruh pembangkang, Willow-Jean Prime berkata menghantar kanak-kanak ini ke latihan, yang kebanyakannya telah mengalami penderaan dan trauma mendalam, boleh menyebabkan kemudaratan selanjutnya.
“Ini bukan idea baharu, ia pernah gagal sebelum ini dan berisiko gagal lagi,” kata Prime.
Sumber : https://www.astroawani.com/
Hi, this is a comment.
To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
Commenter avatars come from Gravatar.