Hakim Danish Menewaskan Aragon

HAKIM Danish (tengah) berdiri di podium pertama
HAKIM Danish (tengah) berdiri di podium pertama

Kuala Lumpur: Hakim Danish Ramli telah menepati janjinya untuk memberikan Malaysia kemenangan sempena Hari Kemerdekaan ke-67, dengan memenangi Perlumbaan 2 Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) 2024 di Aragon, Sepanyol, semalam.

Dalam keadaan litar basah, Hakim Danish memanfaatkan kepakarannya untuk mengendalikan permukaan licin di Aragon dan menamatkan perlumbaan dengan jarak lebih 6 saat di depan pesaing terdekatnya.

Bermula dari petak kelima, pelumba dari Terengganu ini segera mengambil alih kedudukan depan sebaik perlumbaan dimulakan dan terus memimpin hingga ke penamat.

Baca juga : 14 ‘Bayi Kelahiran Merdeka’ Dilahirkan di Hospital USM

Walaupun pada satu ketika Brian Uriarte kelihatan mahu mencabar, cabaran tersebut tidak menjadi kenyataan apabila pelumba Sepanyol itu nampaknya mengendurkan usahanya menjelang penghujung perlumbaan. Uriarte terpaksa berpuas hati sebagai naib juara, manakala pelumba Finland, Rico Salmela, melengkapkan kedudukan podium.

“Saya berjaya mengendalikan perlumbaan di litar basah dengan baik hari ini dan saya sangat yakin dengan jentera saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada krew Red Bull Rookies, ZK Racing, SIC, Rider Formation, dan semua penyokong saya. Kemenangan ini adalah untuk semua rakyat Malaysia,” kata pelumba berusia 17 tahun itu.

Ini adalah kemenangan pertama Hakim Danish dalam kempen RBMRC yang dimulainya musim lalu, sekaligus menjadikannya pelumba Malaysia pertama yang meraih juara. Kemenangan ini juga sedikit sebanyak mengubati kekecewaannya selepas hanya menamatkan Perlumbaan 1 semalam di tempat ke-14 akibat penalti berganda.

Sumber : hmetro

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *