
Kuala Lumpur: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih menjalankan operasi pemadaman kebakaran di Plaza Perabot LDP dekat Kelana Jaya, hari ini.
Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, menyatakan bahawa pihaknya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengawal dan memadamkan kebakaran di bangunan dua tingkat tersebut.
“Ketika ini, pasukan masih melakukan kerja ‘overhaul’ (pemulihan kebakaran).
“Kita (bomba) belum dapat mengenal pasti jumlah kedai perabot yang terjejas akibat kebakaran ini,” katanya kepada pemberita hari ini.
Selain itu, beliau berkata, punca kebakaran juga masih dalam siasatan pihaknya.
DISYORKAN : Detik cemas, rumah dimasuki hampir 12 orang penyamun berparang
Terdahulu, Harian Metro melaporkan bahawa sebuah kilang perabot dua tingkat musnah dalam kebakaran malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor memaklumkan bahawa mereka menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 10.46 malam.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang terlibat adalah BBP Petaling Jaya, dibantu oleh BBP Damansara, BBP Penchala, BBP Puchong, BBP Subang Jaya, dan BBP Serdang, dengan kekuatan 44 anggota serta 14 jentera.
Premis yang berkeluasan 2,000 kaki persegi itu dilaporkan 90 peratus musnah.
Sumber : hmetro
Pingback: Lelaki ditipu ‘Vincent’ rugi labur lebih RM400,000 - Malay Star News
manakobong@gmail.com