Basmi kemiskinan: Kerajaan Madani pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar – PM

Tanjong Malim: Dasar Kerajaan Madani yang memberi tumpuan kepada isu tatakelola bertujuan untuk memastikan bantuan kepada golongan miskin di negara ini disalurkan dengan tepat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menjelaskan bahawa walaupun terdapat pelbagai agensi yang ditubuhkan untuk membantu dalam program membasmi kemiskinan, masih terdapat isu ketirisan yang menyebabkan bantuan tidak sampai kepada golongan yang memerlukan.

“Apa yang kurang di Malaysia? Kita mempunyai semua agensi, seperti Fama untuk pemasaran, LKIM untuk ikan, Pertubuhan Peladang untuk ladang, dan Risda serta Felcra untuk pekebun kecil. Bahkan, untuk pembukaan tanah, ada Felda.

“Namun, persoalannya adalah sama ada agensi-agensi ini diurus dan dilaksanakan dengan telus dan bertanggungjawab? Sebahagiannya ya, tetapi sebahagian lagi tidak,” katanya ketika berucap pada majlis Syarahan Za’ba Seabad Pemikir Kemiskinan dan Hari Akademia Negara di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini.

DISYORKAN : Warga emas hilang ditemukan meninggal dunia

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Anwar berkata, kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun untuk membasmi kemiskinan. Jika jumlah ini dapat diurus dengan baik, ia berpotensi untuk menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini.

Sumber : hmetro

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *