
Kuala Lumpur: Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dan enam anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Cheras ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan dan pencabulan yang berlaku malam semalam.
Turut ditahan adalah tiga lelaki lain untuk membantu siasatan mengenai kejadian yang didakwa berlaku di sebuah kondominium di Cheras.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 22 tahun pada 7 Oktober lalu, yang mendakwa bahawa dia telah diperas ugut untuk menyerahkan wang dan dicabul.
“Susulan daripada laporan itu, kita telah menahan tujuh individu yang terdiri daripada seorang pegawai berpangkat ASP dan enam anggota, termasuk seorang anggota wanita, semalam, dengan usia mereka antara 30 hingga 50 tahun,” katanya.
DISYORKAN : KPM siap siaga hadapi banjir
“Mereka telah direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 14 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 384 dan 354 Kanun Keseksaan,” katanya pada program Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.
Rusdi menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Setakat ini, belum ada sebarang rampasan yang dilakukan, dan kami sedang menyiasat dakwaan mengenai wang yang dibayar melalui pemindahan secara dalam talian,” tambahnya.
Beliau juga menyatakan bahawa pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berkaitan.
“Laporan telah dibuat dengan kelewatan, jadi siasatan perlu dijalankan dengan teliti untuk memahami mengapa pengadu melaporkan lewat,” katanya.
Sumber : hmetro
Pingback: Mangsa penipuan pekerjaan Malaysia masih terkandas di pusat tahanan Kemboja selepas 38 hari - Malay Star News
you will enjoy the sensation of playing this game
https://rjb88.com/
хорошая и правильная игра
https://rjb88.com/