Shah Alam: Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah, tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.51 pagi hari ini untuk menghadapi masing-masing 10 pertuduhan yang dipercayai membabitkan salah guna dana awam.
Alif, atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30 tahun, dan Aisyah Hijanah Azhari, 26 tahun, yang sebelum ini mencetuskan kontroversi mengenai rumah tangga mereka, akan didengar di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.
Alif yang mengenakan kemeja biru gelap dan Aisyah yang berpakaian jubah hitam, sempat melemparkan senyuman kepada wartawan yang menunggu di mahkamah sejak awal pagi.
Ketika ditanya oleh wartawan mengenai keadaannya, hanya Aisyah yang menjawab, “Alhamdulillah.”
DISYORKAN : Paksu Tomoi tunggang RXZ ke Terengganu curi perhatian
Jumaat lalu, Alif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan salah guna harta berkaitan program infaq iftar di Makkah, Syria, dan Palestin serta ibadah korban yang berjumlah RM63,605.48 pada bulan April dan Jun lalu.
Pada 11 Julai, seorang pempengaruh dan isterinya ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan kes salah guna kuasa yang berkaitan dengan rasuah sejak 2022.
Ini berikutan tularnya di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang didakwa mengambil komisen tinggi daripada kutipan derma.
Selain itu, pasangan itu juga dikatakan hidup dalam kemewahan, yang menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan warga siber.
Namun, pasangan tersebut tampil menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah.
Sumber : hmetro