Johor Bahru: Seorang ahli perniagaan mendakwa telah diculik oleh sekumpulan individu pada hari Ahad lalu, sebelum dibebaskan pada hari yang sama selepas keluarganya membayar wang tebusan.
Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan, keluarga ahli perniagaan tersebut terpaksa membayar sebanyak RM20 juta untuk memastikan mangsa dibebaskan.
Mangsa dilaporkan diculik sekitar jam 5 pagi ketika sedang menunggu perkhidmatan e-hailing untuk ke lapangan terbang.
Difahamkan, ahli perniagaan berusia 59 tahun itu pada ketika itu merancang untuk ke luar negara bagi urusan perniagaannya.
DISYORKAN : 14 kereta ditahan dalam Op Lumba Haram
Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki warga tempatan yang dilarikan oleh beberapa individu pada 13 Oktober lalu, sekitar jam 7.20 malam.
Beliau menjelaskan bahawa mangsa didakwa telah diculik menggunakan sebuah kereta, dan kejadian tersebut dilaporkan sebaik sahaja mangsa dibebaskan pada hari yang sama.
“Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih,” ujarnya.
Sumber : hmetro
Pingback: Wanita melecur, kotak fius terbakar - Malay Star News
очень прибыльная игра для каждого игрока и ее игроков
https://rjb88.com/
Только здесь есть игры, которым можно по-настоящему доверять.
https://rjb88.com/
вам понравятся ощущения от игры в эту игру
https://rjb88.com/
хорошая и правильная игра
https://rjb88.com/