Gaza: Serangan tentera Israel di dua sekolah di bandar Gaza pada hari Khamis telah mengorbankan lebih daripada 18 orang.
Agensi pertahanan awam Gaza menyatakan bahawa dua sekolah yang terlibat adalah Al-Zahra dan Abdel Fattah Hamoud. “Pendudukan Israel telah membunuh lebih daripada 18 rakyat dalam serangan ke atas dua sekolah tersebut,” kata pegawai kanan agensi itu, Mohammad al-Mughyyir.
Mughyyir juga menyebut bahawa 60 orang turut cedera dan lebih daripada 40 lagi masih hilang. “Ini adalah serangan yang jelas terhadap sekolah dan kemudahan awam yang selamat di Semenanjung Gaza,” tambahnya.
Baca juga : Suami Kejam Rantai Isteri di Pokok dan Tinggalkan dalam Hutan Selama 40 Hari
Walau bagaimanapun, Israel menyatakan bahawa sekolah-sekolah tersebut digunakan sebagai pusat arahan oleh Hamas. “Kawasan sekolah itu digunakan oleh pengganas dan komander Hamas untuk merancang dan melaksanakan serangan,” menurut kenyataan tentera Israel.
Sumber : hmetro
Pingback: Tujuh Maut dalam Nahas Pesawat Ringan - Malay Star News