Tokyo: Gempa bumi dengan kekuatan 6.9 magnitud diikuti oleh gegaran kedua berukuran 7.1 telah melanda pesisir selatan Jepun pada Khamis, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Tsunami setinggi satu meter dijangka atau sudah tiba di beberapa kawasan pesisir di pulau Kyushu dan Shikoku, lapor penyiar NHK. Gempa bumi pertama berlaku pada kedalaman 33 kilometer (20 batu), diikuti dengan gempa kedua berhampiran pada kedalaman 25 kilometer, menurut USGS.
Baca juga : Korea Selatan Berhasrat Membangunkan Tenaga Nuklear di Filipina
“Kerajaan Jepun telah menubuhkan satu pasukan khas sebagai tindak balas terhadap gempa bumi ini,” menurut satu kenyataan.
Sumber : hmetro
Pingback: Suami Kejam Rantai Isteri di Pokok dan Tinggalkan dalam Hutan Selama 40 Hari - Malay Star News