Korea Selatan Berhasrat Membangunkan Tenaga Nuklear di Filipina

Seoul: Menteri Luar Korea Selatan, Cho Tae-yul, bertemu dengan rakan sejawatnya dari Filipina, Enrique Manalo, di sini.
Seoul: Menteri Luar Korea Selatan, Cho Tae-yul, bertemu dengan rakan sejawatnya dari Filipina, Enrique Manalo, di sini.

Kementerian Luar Korea Selatan dalam satu kenyataan pada hari Rabu memaklumkan bahawa Cho telah menyatakan hasrat Seoul untuk turut serta dalam pembangunan tenaga nuklear di Filipina semasa pertemuan tersebut.

Menteri Cho menekankan kepentingan loji tenaga nuklear sebagai sumber tenaga yang sangat diperlukan untuk campuran tenaga yang rasional dan menyatakan bahawa Korea Selatan ingin menjadi rakan kongsi terbaik Filipina dalam pembinaan loji kuasa nuklear pada masa hadapan, menurut kenyataan itu.

Selain itu, Kementerian Luar berkata syarikat-syarikat Korea Selatan ingin terus mengambil bahagian dalam projek untuk meningkatkan keupayaan pertahanan Filipina. Menurut kementerian itu, Korea Selatan dan Filipina berada di lokasi utama di rantau Indo-Pasifik, yang mana mereka perlu memperkukuhkan “komunikasi strategik untuk keamanan dan kemakmuran serantau.”

Baca juga : Kediaman Bekas PM Bangladesh Diserbu Orang Ramai

Dalam hal ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan satu lagi mesyuarat dialog maritim dua hala pada bulan November serta bekerjasama untuk meningkatkan tahap keseluruhan hubungan menjelang akhir tahun dengan memperluaskan bidang kerjasama termasuk industri pertahanan, infrastruktur, pertanian, dan tenaga.

Sumber : hmetro

https://staysundance.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *