Dhaka: Orang ramai mengambil kesempatan untuk merompak pelbagai barangan di kediaman bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, selepas beliau meletakkan jawatan dan melarikan diri ke luar negara, menurut laporan siaran tempatan.
Menurut laporan The New York Times, rakaman menunjukkan orang ramai memanjat pagar kediaman itu, melemparkan barang ke dinding, merosakkan potret, dan membuang makanan.
Peletakan jawatan Hasina disambut dengan perayaan oleh rakyat Bangladesh yang gembira dengan keputusan tersebut.
Siaran di media sosial dan rakaman televisyen langsung turut menunjukkan orang ramai mengambil ternakan dari kediaman itu, termasuk ayam, itik, dan arnab, serta beberapa individu bergambar dengan haiwan-haiwan berkenaan.
Baca juga : Penampilan Mirip ‘Barbie’ Curi Perhatian Dunia
Seorang penduduk, Monsur Ali, berkata dia adalah salah satu daripada ribuan orang yang memasuki kediaman perdana menteri itu dan mengambil barangan di dalamnya.
“Kami pergi ke sana kerana marah. Tiada apa-apa yang tinggal di sana,” katanya.
Hasina, 76, digulingkan dari jawatannya melalui protes yang berlanjutan selama beberapa minggu akibat konflik dalam jawatan kerajaan yang diidamkan setiap rakyatnya, hingga menyebabkan kematian.
Hampir 300 orang dilaporkan terkorban dalam rusuhan tersebut.
Rakyat negara itu juga menentang peningkatan autoritarianisme Hasina selepas 15 tahun berkuasa.
Sumber : hmetro
Pingback: Korea Selatan Berhasrat Membangunkan Tenaga Nuklear di Filipina - Malay Star News