Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menggerakkan Skuad Ihsan Madani KDN untuk membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu, dengan fokus di kawasan terjejas teruk seperti Pasir Mas dan Besut.
100 Sukarelawan Turun Padang
Seramai 100 sukarelawan yang terdiri daripada pegawai AADK di pelbagai pejabat termasuk PUSPEN Sepang menyertai misi ini. Aktiviti utama mereka termasuk:
- Menyantuni mangsa banjir.
- Melakukan kerja-kerja pembersihan.
- Mengagihkan barang keperluan harian.
DISYORKAN : KPM Bersiap Hadapi Gelombang Kedua Banjir di Tujuh Negeri
Selaras Arahan Perdana Menteri
Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh, menyatakan usaha ini memenuhi seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar penjawat awam turut membantu mangsa banjir.
Siap Sedia Bantuan Negeri Lain
AADK bersedia menghantar lebih ramai anggota jika negeri lain memerlukan bantuan pasca banjir.
Majlis pelepasan skuad ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok, dan Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainuddin Abdullah.
Sumber : Hmetro
Such a fantastic post! I really appreciate the depth of your research and how you present everything in such an easy-to-understand manner. It’s clear that you’re passionate about this topic, and it makes your content so enjoyable to read. Looking forward to your next post!
Amazing Post Broo!! Amazing Amazing!! Wait Your New Post Bro!!
Pingback: Industri Getah Malaysia Maju dengan Inisiatif MSNR - Malay Star News