Bapa Didakwa Esok Selepas Anak 12 Tahun Pandu Kereta

Tangkapan layar video yang tular menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun memandu kereta bersama dua adiknya.
Tangkapan layar video yang tular menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun memandu kereta bersama dua adiknya.

Sepang: Bapa dan anaknya yang memandu kereta dengan membawa dua adik di kawasan perumahan, sehingga video kejadian itu tular di media sosial, akan didakwa di Mahkamah Sepang esok. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata bapa berusia 53 tahun itu akan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Anaknya yang berusia 12 tahun pula akan didakwa di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39(5) akta yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga : Lima Individu Ditahan Berhubung Kes Rasuah Kontrak Pembersihan Kapal Tangki

Sebelum ini, media melaporkan bahawa polis telah mengambil keterangan daripada bapa kepada kanak-kanak lelaki yang memandu kereta dengan membawa dua adiknya di kawasan Taman Putra Impiana, Puchong. Wan Kamarul menyatakan bahawa lelaki itu hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk memberi keterangan pada jam 11.30 malam, 29 Julai lalu.

Terdahulu, rakaman video berdurasi satu minit 49 saat yang menunjukkan seorang wanita menahan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang remaja lelaki dan turut dinaiki dua kanak-kanak telah tular. Dalam rakaman tersebut, kereta berkenaan dipandu agak laju ketika melalui bonggol di hadapan sebuah rumah sebelum diarahkan oleh wanita tersebut untuk memberhentikan kenderaan.

Sumber : hmetro

https://staysundance.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *