Kuala Lumpur: Ramai mungkin tak sedar, negara kita sebenarnya dah rugi lebih RM6 bilion akibat banjir dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Kerugian ni termasuklah kerosakan infrastruktur awam, harta benda persendirian, kos penyelenggaraan, dan baik pulih selepas bencana. Data ni dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM) melalui laporan bertajuk Kompendium Perangkaan Alam Sekitar 2022.
Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, jumlah kerugian ni bersamaan 0.4% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada harga nominal.
DISYORKAN : Jualan ‘harga runtuh’ pakaian bundle selain diberi percuma
Hartanah Susut Nilai Akibat Banjir
Penganalisis Hartanah dan Lelongan, Prof Dr Noor Rosly Hanif, menjelaskan kerugian ni bukan saja besar, tapi jadi sia-sia kalau tiada usaha jangka panjang yang mampan untuk mengurus bencana banjir.
“Nilai hartanah di kawasan banjir biasanya akan jatuh sebab pembeli cuba elak beli rumah atau aset di kawasan berisiko. Penurunan nilainya boleh mencecah antara 10% hingga 30%, malah lebih untuk kawasan yang sering banjir,” katanya.
Tambah beliau, jual hartanah di kawasan risiko banjir bukanlah mudah. Kebanyakan pembeli dah tahu risiko di kawasan tertentu, jadi mereka lebih berhati-hati.
Pilihan Pemilik Hartanah Terhad
Noor Rosly turut menyebut, pemilik hartanah di kawasan ni tak ada banyak pilihan. Sama ada terus tinggal di situ dengan risiko rugi puluhan ribu ringgit lagi atau jual pada harga yang lebih rendah daripada pasaran.
Beliau juga menggesa kerajaan bertindak segera, terutama untuk kawasan bandar yang sering banjir.
“Duit RM6.1 bilion tu sebenarnya boleh digunakan untuk projek halangan banjir jangka panjang, selain fokus kepada kawasan-kawasan panas yang selalu banjir,” katanya.
Sumber : hmetro
Pingback: Banjir: Suami isteri menangis lihat rumah musnah - Malay Star News