Kuala Krai: Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggunakan bot untuk mengangkut jenazah seorang warga emas selepas laluan menuju ke tanah perkuburan ditenggelami air setinggi dua meter.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Krai, Kapten (PA) Abd Fatah Abd Aziz, memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan daripada penghulu kampung untuk membantu membawa jenazah Faizah Ismail, 74, yang meninggal dunia di rumahnya akibat strok dan penyakit usia tua. Jenazah perlu dibawa dari Taman Sri Nal ke Tanah Perkuburan Islam Mukim Batu Jong.
DISYORKAN : Kematian pelatih Palapes: UiTM teliti semula prosedur latihan pasukan seragam
“Laluan sepanjang lima kilometer dari rumah arwah ke kawasan tanah perkuburan ditenggelami air setinggi dua meter, memaksa pasukan penyelamat menggunakan bot bagi memastikan jenazah dapat dikebumikan dengan sempurna.
“Pasukan kami tiba di tanah perkuburan sekitar jam 2.30 petang dan turut membantu dalam urusan pengebumian jenazah,” jelasnya.
Sumber : hmetro
Pingback: Hyundai Motor labur AS$479 juta di Malaysia - Malay Star News