Kuala Lumpur : Lima lelaki ditahan semalam atas dakwaan rasuah berkaitan kontrak pembersihan kapal tangki bernilai RM15.3 juta. Menurut sumber, mereka yang ditahan terdiri daripada seorang pengurus anak syarikat minyak dan gas, dua bekas kakitangan syarikat tersebut, dan dua kontraktor.
“Kesemua suspek disyaki terlibat dalam rasuah bagi mendapatkan kontrak pembersihan kapal tangki tersebut. Mereka ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, kira-kira jam 8 malam semalam,” katanya.
Baca juga : Wanita Alami Kerugian RM6,000 Selepas Dipukau di Klinik
Menurutnya lagi, pengurus anak syarikat dan bekas kakitangannya direman selama lima hari, manakala suspek lain direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan bahawa kesemua individu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Sumber : hmetro
Pingback: Bapa Didakwa Esok Selepas Anak 12 Tahun Pandu Kereta - Malay Star News
Pingback: Prosedur Implan Otak Neuralink Berjaya pada Individu Kedua – Elon Musk - Malay Star News