New Delhi: Dua orang dilaporkan hilang selepas sebuah kapal selam Tentera Laut India terlanggar sebuah bot nelayan pada malam Khamis.
Menurut laporan media tempatan pada hari Jumaat, seramai 11 daripada 13 kru bot nelayan itu berjaya diselamatkan oleh kapal lain selepas kejadian yang berlaku 70 batu nautika dari pantai Goa.
DISYORKAN : Gudang peralatan elektronik musnah
Enam buah kapal tentera laut dan beberapa pesawat pemantau telah dikerahkan untuk mencari dua nelayan yang masih hilang.
Kapal selam tentera laut yang terlibat dalam insiden tersebut adalah kapal selam kelas Scorpene, yang mempunyai ciri-ciri siluman moden dan dilengkapi dengan torpedo jarak jauh serta peluru berpandu anti-kapal.
Sumber : hmetro