Subang Jaya: Sebuah gudang yang menyimpan peralatan elektronik dan pelbagai jenis lampu suluh di Jalan TUDM – Kampung Baru Subang musnah dalam kebakaran yang berlaku pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.44 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada 4.06 pagi.
DISYORKAN : SFC, Jabatan Muzium ambil bangkai paus di Batang Lupar
Beliau berkata, seramai 29 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong, BBP Subang Jaya, BBP Sungai Buloh, dan BBP Petaling Jaya telah dikerah ke tempat kejadian.
“Kebakaran ini melibatkan sebuah gudang yang menyimpan peralatan elektronik seperti komputer serta pelbagai jenis lampu suluh. Setakat ini, pemadaman kebakaran sudah mencapai 75 peratus dan kerja-kerja overhaul sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sumber : hmetro