Kuala Lumpur: Kerajaan tak akan beri lebih masa untuk pelesenan media sosial dalam usaha tangani jenayah seperti pedofilia dan penipuan di platform tersebut, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Menurutnya, keselamatan rakyat, terutamanya kanak-kanak, tak boleh dikompromi. “Meta minta lebih masa untuk tangani kumpulan-kumpulan di media sosial, tapi kita tak boleh beri lebih masa. Banyak aduan diterima tentang kumpulan pedofilia di Facebook yang jumlahnya dah sampai puluhan ribu,” katanya di Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani 2024.
DISYORKAN : ‘Saya tak sengaja’ – Lelaki cabul anak saudara
Fahmi juga sebut bahawa perbincangan untuk atasi jenayah ini dengan pihak Meta dah lama dijalankan, termasuk pertemuannya di Singapura.
“Bagi saya, keselamatan rakyat Malaysia, terutama kanak-kanak dan keluarga, tak boleh dikompromi,” tegasnya.
Pada Ogos lepas, Fahmi maklumkan, mana-mana platform yang tak berlesen selepas 1 Januari 2025 boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 126 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber : hmetro
Pingback: Ribut petir, hujan lebat diramal berlaku di KL, 11 negeri - Malay Star News