Ribut petir, hujan lebat, angin kencang di KL, Labuan, Terengganu dan 6 negeri lain

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat disertai ribut petir dan angin kencang akan melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Labuan, Terengganu, dan enam negeri lain sehingga jam 7 malam ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sekitar jam 3.25 petang tadi, MetMalaysia menyatakan antara kawasan yang dijangka terlibat ialah beberapa daerah di Kedah seperti Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, dan Kulim. Di Selangor pula, kawasan terjejas adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, dan Hulu Langat.

Cuaca yang sama juga dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang, termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan, dan Rompin, serta di Johor meliputi daerah Mersing dan Kota Tinggi.

DISYORKAN : Op Lusuh: 2 warga Bangladesh antara tujuh ditahan

Bagi Sabah, ribut petir dan hujan lebat ini melibatkan kawasan pedalaman seperti Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, dan Beaufort. Di Sarawak pula, kawasan terjejas adalah Miri (Telang Usan dan Marudi) serta Limbang.

Sumber : hmetro

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *