Pontian: Permohonan maaf terbuka oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat sebagai tindakan yang menunjukkan sikap bertanggungjawab dan berjiwa besar.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata beliau yakin bahawa Najib akan memperoleh keadilan sewajarnya dalam kes tersebut.
“Permohonan maaf yang dibacakan oleh anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar, sedikit sebanyak telah membantu rakyat untuk memahami pertuduhan yang dihadapi Najib dan situasi yang dilaluinya.
“Rabu depan adalah hari keputusan sama ada Najib perlu membela diri dalam kes 1MDB. Kita serahkan kepada mahkamah untuk menentukan, namun rakyat kini lebih faham mengenai kes ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan ulang tahun ketua-ketua UMNO Cawangan Bahagian Pontian di Dewan UMNO Pontian, di sini, hari ini.
Sebelumnya, Najib telah membuat permohonan maaf terbuka berkaitan salah laku yang berlaku dalam syarikat 1MDB.
DISYORKAN : Amaran hujan lebat, ribut di Terengganu hingga Isnin
Dalam kenyataan yang dibacakan oleh Mohamad Nizar, Najib dilaporkan tetap menegaskan dirinya tidak bersalah dan menuding jari kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low, serta beberapa eksekutif Petrosaudi.
Ahmad, yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor, berharap agar pihak yang benar-benar bertanggungjawab dalam kes SRC dan 1MDB dapat segera dibawa ke muka pengadilan.
“Saya sentiasa mengikuti perkembangan kes Najib, dan berharap beliau diberikan keadilan sewajarnya dalam kes ini.
“Semoga mahkamah dapat memberikan keadilan yang adil dan saksama kepada beliau kelak,” ujarnya.
Sumber : hmetro
Pingback: 3 maut dua pesawat ringan bertembung - Malay Star News
очень прибыльная игра для каждого игрока и ее игроков
https://rjb88.com/
Только здесь есть игры, которым можно по-настоящему доверять.
https://rjb88.com/
вам понравятся ощущения от игры в эту игру
https://rjb88.com/
хорошая и правильная игра
https://rjb88.com/