Johor Bahru: Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai sering mengabaikan empat orang anaknya yang berusia antara dua hingga lapan tahun.
Lelaki berkenaan juga didakwa membuat laporan polis palsu mengenai kehilangan anak-anaknya.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan, memaklumkan bahawa suspek berusia 41 tahun itu telah membuat laporan palsu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada jam 2.40 pagi tadi.
Menurutnya, dalam laporan tersebut, suspek mendakwa empat anaknya telah hilang di kawasan Mutiara Rini.
“Berdasarkan maklumat yang diterima, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri segera menjalankan usaha pencarian kanak-kanak tersebut. Namun begitu, suspek gagal menunjukkan lokasi sebenar, dan keterangannya didapati mencurigakan,” katanya.
DISYORKAN : Bekas eksekutif kanan syarikat berkaitan petroleum, gas ditahan SPRM
“Hasil siasatan menunjukkan bahawa keempat-empat kanak-kanak tersebut berada di rumah isteri suspek dalam keadaan selamat.
“Suspek juga didapati sering mengabaikan anak-anaknya. Selain itu, dia mempunyai masalah hutang yang menjadi sebab di sebalik laporan palsu yang dibuatnya, kononnya bimbang anak-anaknya akan diganggu akibat kegagalan melunaskan hutang tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Kumarasan, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok di Mahkamah Johor Bahru.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak, serta Seksyen 182 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber : hmetro
Pingback: Dewan Rakyat lulus pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan - Malay Star News
очень прибыльная игра для каждого игрока и ее игроков
https://rjb88.com/