Kuala Nerus: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir susulan peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula lebih awal tahun ini.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, menyatakan bahawa pelbagai perancangan telah diatur untuk menghadapi bencana ini, termasuk mengaktifkan jawatankuasa banjir di peringkat jabatan pendidikan negeri.
“Di peringkat negeri, kami telah mengaktifkan jawatankuasa banjir dan kami percaya jika berlaku insiden berkaitan banjir, kami dapat menanganinya dengan baik.
“Ini termasuk memastikan bahawa sekolah-sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) telah bersedia sepenuhnya untuk menerima warga tempatan yang akan ditempatkan di situ kelak,” katanya.
DISYORKAN : Mangsa banjir di Kedah kurang kepada 3,474
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Hari Sukan Negara 2024 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, dekat sini, hari ini.
Azman menyatakan bahawa bagi sekolah yang berisiko terjejas oleh banjir, KPM juga bersedia untuk melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran yang akan dijalankan mengikut kaedah tertentu, termasuk secara dalam talian.
Pada hari Selasa, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meminta masyarakat agar berwaspada dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir, kerana MTL dijangka berlaku lebih awal iaitu pada minggu keempat bulan ini berikutan perubahan cuaca.
Sumber : hmetro
Pingback: ASP, 6 anggota polis ditahan disyaki terbabit kes pemerasan, cabul - Malay Star News
a very profitable game for every player and its players
https://rjb88.com/