Mangsa banjir di Kedah kurang kepada 3,474

Alor Setar: Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 3,474 orang daripada 1,113 keluarga yang kini ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang hari ini.

Jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding 3,551 orang daripada 1,153 keluarga yang dilaporkan pada jam 12 tengah hari tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata daerah Kubang Pasu masih mencatatkan seramai 1,227 mangsa daripada 412 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS.

“Sementara itu, daerah Kota Setar merekodkan seramai 1,260 mangsa daripada 392 keluarga di lapan PPS, manakala Pokok Sena mencatatkan seramai 549 mangsa daripada 195 keluarga di empat PPS,” katanya.

DISYORKAN : Kebakaran kilang: 3 warga asing cedera

“Sementara itu, daerah Pendang mencatatkan seramai 470 mangsa daripada 125 keluarga yang ditempatkan di dua PPS setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, laman Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan bahawa lima sungai di negeri ini masih mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya setakat jam 4 petang hari ini.

Kesemua sungai tersebut berada di dua daerah, iaitu tiga di Kota Setar: Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman; serta dua di Kubang Pasu, iaitu Sungai Padang Terap di Kepala Batas dan Sungai Bata di Kampung Bata.

Sumber : hmetro

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *