Alor Setar: Sebuah vesel nelayan tempatan dipercayai telah karam pada kedudukan 31 batu nautika dari muara Kuala Kedah tengah hari tadi.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak, mengesahkan pihaknya telah menerima laporan mengenai insiden tersebut. Menurutnya, vesel itu dipercayai karam pada kedudukan 31 batu nautika dari muara Kuala Kedah sekitar pukul 12 tengah hari.
Beliau memaklumkan bahawa sebuah bot Penggalang 35 telah diatur gerak untuk menuju ke lokasi vesel yang dipercayai karam tersebut.
“Namun, disebabkan keadaan laut yang agak buruk dan cuaca yang semakin gelap, operasi pencarian terpaksa ditangguhkan pada pukul 8 malam tadi,” jelasnya.
LAGI BERITA : Budak, remaja di rumah amal GISB dididik cara meliwat dan diliwat
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan disambung semula pada pagi esok,” tambahnya.
Kenyataan media rasmi mengenai kejadian ini akan dikeluarkan esok pagi.
Sumber : hmetro
Pingback: Tiga remaja ditahan disyaki sindiket dapatkan akaun bank keldai - Malay Star News