Sepang: Seorang lelaki tersepit di bawah teksi selepas dilanggar oleh kenderaan itu ketika mangsa keluar untuk memeriksa keretanya yang terlibat dalam kemalangan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.57 pagi tadi. Pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA segera dikerahkan ke lokasi kejadian.
Menurut beliau, kemalangan tersebut melibatkan tiga buah kereta, di mana seorang lelaki berusia 40-an ditemui tersepit di bawah teksi dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
LAGI BERITA : Lebih 10 kenderaan pancit tayar dipercayai langgar bongkah batu atas jalan
“Mangsa sebelum itu keluar dari keretanya yang terlibat dalam kemalangan, dan ketika itu sebuah teksi terlanggar mangsa, menyebabkan dia tersepit di bawah kenderaan tersebut.”
Sumber : hmetro
Pingback: Budak, remaja di rumah amal GISB dididik cara meliwat dan diliwat - Malay Star News