Sepang: Lebih 10 kenderaan yang sedang dalam perjalanan dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Kuala Lumpur mengalami tayar pancit dipercayai akibat terlanggar bongkah batu yang terdapat di jalan raya.
Sebelum itu, berita mengenai kira-kira 20 kenderaan yang terpaksa berhenti kerana terlanggar bongkah batu tersebut telah tular di media sosial.
Menurut maklumat yang diterima, kejadian ini berlaku tidak jauh dari sebuah stesen minyak.
LAGI BERITA : DNS: MCMC anjur libat urus dapatkan cadangan pihak berkepentingan
Katanya, terdapat bongkah batu yang jatuh di atas jalan raya tersebut.
“Pihak polis meminta pemandu yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) untuk tampil bagi membantu siasatan,” jelasnya.
Menurut gambar yang dikongsi oleh IPD KLIA, sebuah kereta peronda polis sudah berada di kawasan bongkah batu yang jatuh itu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada pengguna jalan raya.
Bongkah batu tersebut juga dilihat mengandungi besi yang boleh membahayakan pengguna sekiranya melanggar objek tersebut.
Sumber : hmetro
Pingback: Lelaki tersepit bawah teksi - Malay Star News