Angkara teksi tukar lorong tiba-tiba, kereta dipandu warga emas terjunam ke longkang

Johor Bahru: Sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu oleh seorang warga emas terjunam ke dalam longkang besar di persimpangan lampu isyarat Jalan Persisiran Perling 1 dan Jalan Simbang, Taman Perling, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata pemandu berusia 68 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau memaklumkan bahawa pihak polis menerima laporan mengenai kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan, iaitu Toyota Vios, sebuah teksi, dan Perodua Myvi, pada pukul 2.53 petang.

BACA JUGA : DNS: MCMC anjur libat urus dapatkan cadangan pihak berkepentingan

“Siasatan awal polis mendapati bahawa teksi yang dipandu oleh lelaki tempatan berada di lorong tengah dan secara tiba-tiba membelok ke kanan jalan.

“Akibatnya, kereta yang dipandu oleh warga emas, yang berada di lorong kanan, cuba mengelak dan melanggar sebuah Myvi sebelum terjunam ke dalam longkang.

“Kes ini disiasat di bawah Rule 8 Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959, iaitu tidak mematuhi lorong yang betul semasa berada di persimpangan,” katanya.

Sebelum itu, gambar kereta Vios berwarna biru yang berada di dalam longkang besar tular di media sosial, di mana orang awam berusaha membantu mengeluarkan pemandu berkenaan.

Sumber : hmetro

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *