Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini telah menganjurkan satu program libat urus bersama syarikat teknologi untuk membincangkan isu berkaitan pengalihan Domain Name System (DNS).
Menurut MCMC, sesi libat urus ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas dan membetulkan persepsi masyarakat mengenai isu DNS.
Katanya, sesi ini juga bertujuan untuk mendapatkan input dan pandangan daripada pihak berkepentingan, termasuk pakar-pakar, bagi memastikan pendekatan alternatif dalam menangani isu kandungan yang memudaratkan.
“Pada sesi libat urus tersebut, topik yang dibincangkan termasuk pengurusan DNS dan usaha-usaha MCMC dalam memerangi kandungan memudaratkan melalui kempen advokasi dan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan,” menurut kenyataan tersebut.
BACA JUGA : Pemandu Proton Wira maut, nahas tiga kenderaan
Justeru, suruhanjaya itu akan terus menganjurkan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan lain dari semasa ke semasa berkaitan isu DNS ini.
Sesi libat urus tersebut dikendalikan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian MCMC, Datuk Dr Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen, serta Ketua Kaunsel Perundangan MCMC, LS. Leonard.
Sesi ini juga disertai oleh Ketua Bahagian Pengurusan Keselamatan Rangkaian dan Maklumat MCMC, Syed Mokhsien Syed Mansor, dan Ketua Bahagian Perkhidmatan Teknologi Responsif dari Cybersecurity Malaysia, Mohd Zabri Adil Talib, bersama dengan wakil-wakil syarikat teknologi dan pihak industri.
Sumber : hmetro
Pingback: Angkara teksi tukar lorong tiba-tiba, kereta dipandu warga emas terjunam ke longkang - Malay Star News
Pingback: Lebih 10 kenderaan pancit tayar dipercayai langgar bongkah batu atas jalan - Malay Star News