Pontian: Seorang lelaki maut manakala dua wanita cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan di Jambatan Sungai Ayer Baloi malam ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Abdullah Sani Md Jani, memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 7.48 malam dan melibatkan Perodua Axia, Toyota Vellfire, dan Proton Wira.
Abdullah Sani berkata, lelaki yang memandu Proton Wira tersepit di tempat duduk pemandu dan dikeluarkan menggunakan alat khas.
“Malangnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian,” katanya.
BACA JUGA : KTMB hanya selenggara lif dan eskalator di Stesen KL Sentral sahaja
“Mangsa dihantar ke Hospital Pontian untuk bedah siasat. Sementara itu, dua wanita yang memandu Axia dan Toyota Vellfire mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau menambah, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Pontian untuk rawatan lanjut.
Sumber : hmetro
Pingback: DNS: MCMC anjur libat urus dapatkan cadangan pihak berkepentingan - Malay Star News