KPDN Kelantan tahan lelaki cuba seludup keluar minyak masak, gula

Kota Bharu: Seorang lelaki berusia 33 tahun telah ditahan selepas didakwa cuba menyeludup keluar 374 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi bernilai RM935 serta 264 kg gula pasir kasar bernilai RM910.80 hari ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail, memaklumkan bahawa tangkapan dibuat dalam Operasi Bersepadu KPDN bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di Kampung Pasir Puteh, Cabang Empat, Tumpat pada pukul 7.30 pagi.

“Semasa operasi, seorang lelaki yang mencurigakan telah ditahan di hadapan sebuah rumah di kampung tersebut. Pemeriksaan terhadap sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang diletakkan berhampiran menemui barangan bersubsidi yang dipercayai hendak diseludup ke Thailand,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA JUGA : Wanita cedera di kepala dihempap pokok tumbang di Pantai Remis

Beliau berkata, jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk kenderaan adalah sebanyak RM6,845.80. Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Sumber : hmetro

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *